DaY 02

Where you'd like to be in 10 years .

Assalamualaikum semua . Tengok ayat kat atas macam nak cakap pasal kedudukan kita dalam 10 tahun akan datang kan ? Tapi tembam tak nak cakap pasal tuh . Ape kate kita cakap pasal ape yang tembam akan sumbangkan pada masyarakat dalam 10 tahun akan datang . Hehe . best tak ? best tak ? Ouch . tembam perasan lagi . Ok .

Cuba tengok orang melayu sekarang . Tembam akui yang orang melayu ni memang pandaipandai tapi MALAS . Malas nak berusaha , semua nak kene suap depan mata . Padahal diri sendiri nak berjaya tapi mengharapkan orang lain . Langsung taknak percaya pada kelebihan masingmasing . Takot sangat duduk bawah (jadi kuli) . Sentiasa nak duduk atas (jadi bos) . Percayalah , rezeki itu ada dimanadimana . Yang penting berusaha dan bersyukur dengan apa yang ada .

Firman Allah S.W.T
"Wahai sekalian manusia , makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik " Surah Al-Baqarah : ayat 168

"Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur , nescaya Aku tambahi nikmat-ku kepadamu , dan demi sesungguhnya , jika kamu kufur , sesungguhnya azab-Ku amat keras" Surah Ibrahim : ayat 7

Dah grab tembam nak sumbang ape pada  masyarakat khususnya kaum tembam sendiri ? Tembam nak jadi CIKGU . Tembam rasa ni lah satusatunye pekerjaan yang boleh menyumbang banyak untuk merubah kaum tembam sendiri . Plus , semua orang tahu cikgu banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa nih .

Cute kan ? I means budakbudak tuh . :)
Nak panggil Cikgu ape yek ? berangan jap . Haaaa . Cikgu Nurul . ooouuuccchhhh !! Beshnyeeee :) Hehe . Tembam nak mengajar akaun . Ok tak ? Ok kot . Sebab tembam ambik degree akaun sekarang . So , kalau nak mengajar akaun , maths . Boleh kot . Insyallah . Erm , tembam rasa semua orang dah tau yang kerja Cikgu ni kalau ikhlas , pahalanya insyallah sampai bilabila walaupon seseorang cikgu tuh dah takde untuk terus berbakti .Betol tak ? Betol tak ? Betolkan lah kalau salah . :)

Di kesempatan ni tembam nak ucapkan Selamat hari Guru wat semua guruguru , bakal guruguru , pesara guruguru . Tembam tau dah terlambat sgt nak wish Teacher's Day . Mintak Maaf lahhh . Hehehe . Kepada semua ibubapa , jadilah guru yang terbaek sebab kebanyakan pembelajaran bermula dari rumah . Ok ? Tembam memang gedikgedik  nak post tuh . Hehehe .

Oklahhh . Assalamualaikum .






p/s : Entri ni pon dibuat selama 5 hari . Tembam buzy sangat . Ade esaimen English . Sory yawww :)
Thanks for reading ^^

Day 01

Your current relationship . If single , discuss how single life is .

Assalamualaikum semua . Harapharap semua sedang berbahagia bersama orang yang tersayang . Sebut pasal orang yang tersayang nih . Tembam nak tanya siapa orang yang korang sayang ? parents for sure . Lain ? Sedaramara , sepupusepapat , jiran tetangga . Jiran  ? oklahhh . Korang memang PENYAYANG . ;P

Erm , ada lagi kot . Suami/isteri , boyfrend/gurlfrend . haha .Mcm mana tembam boleh terjebak dengan cintancintun ni pon tembam tak tau . (buatbuat tak tau ) . Semua orang layak disayangi dan menyayangi . Cewaahhhhh ! Sory lahhh . tembam tak PAKAR dalam ayatayat jiwang nih .

Ok , kita teruskan agenda hari ni . Erm . tembam is taken already !! hehe . So , ada siapa2 nak try ? please try later . hehe . tembam kuat perasan . Mcm semua orang suka kat dia . Terima kaseh . ;P Dah2 , Jom sekodeng Cik Abg tembam siapa . Jeng . Jeng . Jeng .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Ea ? Fahrin ? hehe . Hensem kan ? Tp bukan Fahrin orangnye . Huhu . Nak tau siapa ? turun bawah lagi .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
Haaaaa . nilah soulmate tembam . hehe . Insyallah . Doakan jodoh kami sampai ke syurga . Haha . Tembam mang kuat berangan . Kitorang harihari gadoh , erm . taklah harihari . hehe . Selalu jugak ar . Tapi makin gadoh , makin sayang . Kalau ada siapasiapa nak termuntah atau nak keluar , Silalah . Sebab tembam nak ckp lagi pasal kitorang . Hahah .

Nama dia Muhd Razuan bin Jalil . Umur 20 tahun . Kami berdua ni anak bongsu tapi dia ni matang sikit lah . hehe . Memang sajak (sesuai) dengan tembam yang mcm budakbudak nih . Hehe . Cik Abg tembam ni study kat Kolej Pengajian Islam Johor dalam jurusan syariah undangundang . Sebenarnya kitorang satu sekolah menengah dulu . Satu kelas masa form4 + form5 Tapi masa tuh kitorang tak rapat pon . Sebab kitorang baru couple setahun yang lalu . Tapi dah pernah putus 2 kali . :( Duadua kali tuh tembam yang mintak . Dia baik , setia . Sebab tuh rasa macam tak layak nak couple dengan dia ni .  hehe . Sekarang dah makin matang , makin sayang , makin menghargai satu sama lain . :)

And the best part is Cik Abg tembam ni orang Johor . hehe . I love Johorian . hehe . Sekarang kitorang jaoh . Sorang dekat Johor , sorang dekat Negeri Sembilan . Kadangkadang jek jumpa . Kalau dia pergi sini baru jumpa . Kat johor sekali jek jumpa . Itu pon kebetulan duadua ada kat johor bahru (jb) . Dia kat MARSAH , tembam kat rumah .

Ada orang cakap , couplecouple ni tak payah . Membazir masa jek . Baik teros kahwen . Ada yang cakap , baek couple dulu , kenal hati budi . Semua tuh bergantung pada diri sendiri . Tak payah ikot cakap orang lain . Buat keputusan sendiri . Apeape hal pon , diri sendiri yang akan tanggung . :)

By the way , entri ni dibuat selama 5 hari . Kena susun ayat baikbaik , cantekcantek . Takot Cik Abg tembam tuh merajok pulak . Hehe .

Oklah , doakan kami bahagia sampai syurga . Amiiiiinnnn . :)

Thanks for reading ^^

30 dAy cHaLLenGe !! Let'S CouNt !!

Assalamualaikum semua !! :) Semalam blogwalking kat blog Cik Ashila ni . Tibatiba . haha . Bukan tibatiba , memang tembam baca full blog dia yang cute tuh . Current post dia pasal 30 challenge day 5 . Mulamula tak faham , so , baca dan terus baca lagi sampai jumpa entri dia yang mulamula pasal 30 day challenge ni . Kalau korang nak cari entri yang mana . Klik link yang kat atas . entri nye ada kat tengahtengah .

30 day challenge . So , 30 hari ada post baru . hehe . Tembam nak join sebab kadangkadang tak ada idea nak post apa . Ok , jom kita tengok apa cabarannye .

Day 01 ---> Your current relationship . If single , discuss how single life is .
Day 02 ---> Where you'd like to be in 10 years .
Day 03 ---> Your views on drugs and alcohol .
Day 04 ---> Your views on religion .
Day 05 ---> A time you thought about ending your own life .
Day 06 ---> Write 30 interesting facts about yourself .
Day 07 ---> Your zodiac sign and if you think its fits with your personality .
Day 08 ---> A moment you felt the most satisfied with your life .
Day 09 ---> How you hope your future will be like .
Day 10 ---> Discuss your first love and your first kiss .
Day 11 ---> Put your Ipod on shuffle and write 10 songs that pop up .
Day 12 ---> Bullet your whole day .
Day 13 ---> Somewhere you'd like to move or visit ,
Day 14 ---> Your earliest memory .
Day 15 ---> Your favourite Tumblrs
Day 16 ---> Your views on mainstream music .
Day 17 ---> Your highs and lows of this past year .
Day 18 ---> Your beliefs .
Day 19 ---> Disrespecting your parents .
Day 20 ---> How important you think education is .
Day 21 ---> One of your favourite shows .
Day 22 ---> how have you changed in the past 2 years .
Day 23 ---> Give pictures of 5 guys who are famous who you find attractive .
Day 24 ---> Your favourite movies and what it's about .
Day 25 ---> Someone who fascinates you and why .
Day 26 ---> What kind of person that attracts you .
Day 27 ---> A problem that youy have had .
Day 28 ---> Something that you miss .
Day 29 ---> Goals for the next 30 days .
Day 30 ---> Your highs and lows of this month .

Habes dah . huhu . So , tembam akan start tulis untuk 30 day challenge ni ESOK !! hehe , Tapi tembam ingat kan dulu . Tak semestinya tembam akan tulis entri harihari . Ini bergantung pada kesenangan tembam untuk tulis entri . hehehe . OK . Tuh saja untuk hari ini , Insyallah kita jumpa esokkk :)
Thanks for reading ^^

pUnggAh bArANg ~

Assalamualaikum semua dan selamat pagi . Hari ni . sory . Pagi ni nak buat entri baru sebab semalam petang dah pindah rumah . I means masok rumah sewa . Pergghhh . nak pindah tuh 4 org sahaja . Tp barang mcm sepuluh org . Mulamula nampak sikit (belum kemas) , bila dah kumpulkumpul , banyak lah pulak . =,='
Mana datang banyakbanyak pun tembam tak tau , Sebenarnya , kalau barang tak banyak maksudnya bukan perempuan lah tuh . Itu pun ada yang tertinggal . Malam tadi dah ambik dah . haishhh .

So , tembam dah ada housemate yang baru . Semua seniorsenior , kitorang 4 org jek junior . hehe . At first , Takut gak . hehe . bukan takut tapi malumalu semua . Balik makan malam tadi , mula lah sesi orentasi . haha . Tak buat pape pun . Cuma sesi soal jawab jek . Aqkaqk ni memang best . Sangatsangat sporting . Walaupun baru kenal , kitorang dah boleh ketawaketawa . haha . Tembam dah lah tak boleh kalau org lain buat lawak , Ketawa sampai minggu depan pun belum tentu habes . Nampak sangat menipunye . hehe .

Hari ni bermula lah kehidupan kami sebagai penyewa yang berjaya , haha . Pagi ni niat nya cuma nak tulis tuh jek . ok . Nak mandi . Semoga hari ni lebih baek dari semalam . Senyum selalu . :)





p/s : kitorang dapat MASTERBEDR)OM . :P
Thanks for reading ^^

FiNaL dAh HaBeS !! =P

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah akhirnya tembam dah habis final untuk semester ni . yahhhh00oooo !
Dalam kepale otak dah pikir mcm2 dah . lepas ni nak buat apa yek ? Akhirnya lepas final kami pergi mkn dulu ! Baru balik kolej kediaman . Sampai bilik , tunaikan kewajipan yang wajib dulu . Then, barulah tembam pikir nak buat ape . At last , main game jelahhhh . Ingat nak tgk movie , tapi tak syok tengok sorang2 . Member semua buat taik mate ! ZZZZZzzzzzzz . Qada' tidur kate diorang ! hampehhh =,='

Nak bukak faceb0ok sebenarnya , tapi tak boleh . kenape eak ? Haaaaa , Pakcik Facebo0k ade masalah rumahtangga lah tuh ! hehe . Malam ni khamis malam jumaat . Hah kenape dah senyum2 tuh ? Tepuk dada tanya selera . haha .

Kebanyakan semua last paper hari ni . Bagi budak2 Akaun , paper hari ni cuma business jelah . huhu .
Sebab petang ade exam lagi cuma budak2 kos laen . Paper business sepatutnya habis pukul 12 tgh hari . Tp pukul 11 dewan peperiksaan dah lengang . haha . Tembam punya khusyuk buat sampai tak sedar diorang semua dah keluar awal ! Pukul 11 baru perasan yang belakang tembam semua dah takde . Tembam duduk bahagian depan . Yang tembam pasti orang yang paling awal keluar pukul 9.35 minit pagi (35 minit selepas peperiksaan bermula) . Inipon sebab dia duduk bahagian depan2 . So . terperasan jap . hehe . Hei , sekejap nye dia buat ? 100 soalan objektif kot . Tak baca soalan ke hape ? haha . Tembam jeles sebab tak dapat keluar awal . Plus , dia memang budak pandai . =.=

Minggu depan dah start short sem . Plus , program bahasa yang ke-3 . Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris . Ah ! Ingat lepas final nak cuti panjanggggg . Ade short sem pulakkk . Baikbaik cuti sem 4 bulan . Jadi 2 bulan . Takpe2 , ni semua jihad fisabilillah . Insyallah Allah meninggikan darjat orang yang menuntut ilmu . Jangan merungut dan jangan mengeluh yek tembam ! :)

R0omate2 yang tembam syg semua dah kemas barang nak pindah . Sebab diorang semua kene rombak bilik . Diorang duduk kolej kediaman ni lagi cuma kene pindah bilik jek . Tembam tak duduk kolej lagi dah , mulai short sem tembam dah duduk rumah sewa . huhu . Rasa diri dah besar pulak sebab duduk rumah sewa . hehe . Persoalannya sekarang , bila tembam nak kemas barang ? Dahlah nak pindah weekend . Adoyai . Kusutkusut . I wish my mum is here . Pemalas punye anak dara ! hehehehe . >_<

Erm , Malam ni nak pergi funfare yang kat nilai . Nak berjalanjalan cari pakwe . haha . Oklahhh . Nak mandi dulu . Assalamualaikum . :)





p/s : facebo0k tembam dah boleh bukakkk :)
Thanks for reading ^^

Selamat Hari Lahir !





Assalamualaikum semua . Pejam celik , Pejam celik . Sedar tak sedar , tembam dh brumo 20 thn dah hari ni .
Selamat hari lahir NURULHUDA ABU HASSAN . Dah mcm usop dlm filem Hantu kak limah . hehehe . :)
20 thn tembam dah lalui hidup ni . Bkn sahaja dh makin besar , dah makin matang , semakin hampir dgn kematian jgk. Setiap yg bernyawa itu pasti akan mati .

Semakin meningkat usia kita , semakin panjang langkah kita . Antara baik atau tak langkah yg kita ambil , itu semua terletak pada diri kita sendiri . Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yg berubah .

Dunia ni ibarat bas ting tong (bas berhenti2) , siapa yg naik dulu , dia yg akan turun dulu . Tp ada jgak yg naik kemudian , turun dulu sebelum yg lain . Setiap orang pasti berbeza masa dan tempat turun . 20 thn tuh satu jangka masa yg sekejap , tp tembam sedar , dah terlalu banyak kesilapan dan kekhilafan yg tembam buat selama ni . Semoga Allah memaafkan segala kesilapan dan kekhilafan kita semua . Aminnn .

20 thn dulu , kelahiran tembam ni merupakan hadiah yg terindah buat mama sebab Hari Ibu yg jatuh pada 10 Mei .hehe . TerBANGGA sekejap pulak . Besok mama nak buat koktel dan kuih kaswi . Nak diberi pada jiran tetangga kata mama . Terima kaseh mama . So , tembam nak bagi hadiah ape sbg Hari Ibu kali ni ?
RAHSIA . hehe . Sebenarnya tade pape pon , tembam balik ni sebab nak sambut Hari Ibu dan my birthday sekali lah . hehehe . Sambut bertiga jek , sebab abg2 tembam tak balik . Abg Long kerja , Abg Ngah sebok dgn esaimen Final Semester . huhu . takpelah . Mama dan abah are most importat person in my life . Abg2 tembam pon penting jugak , cuma mama dan abah the most . heheh .

Oklah , dah ngantok dah . pai . Assalamualaikum .
Thanks for reading ^^

terima kaseh puanbee :)


Assalamualaikum semua . Akhirnya , puanbee telah pon review blog tembam . :)
Semua boleh tgk kat SINI apa yg puanbee komen psl blog tembam ni .
So , adelah beberapa perkara yg tembam tak faham . Mungkin tembam tak berapa mahir lagi dalam bahasa-bahasa blog ni . hehe . :)
Klu ada yg sudi nak komen ape2 lagi pasal blog tembam , dipersilakan . Tak kisah lah negative ke positive .
Klu dah komen , kene tunjuk ajar sekali mcmmana nak buat tau atau pon bg link yg boleh tembam rujuk di kemudian hari . Mcm puanbee buat . :)
Terima kaseh sekali lagi puanbee . hehe .

Erm , klu ada yg nak join a.k.a nak puanbee terjah blog korang , boleh klik
http://puanbee.com/segmen-review/ . Ok ? oklah tuh . Dah siap bg link segala bagai . hehe .

Last , tembam ucapkan terima kasih buat puanbee sbb ada masa nak review blog tembam dan semua yg masih sudi nak dtg teratak buruk blog tembam ni . hehe . Saja nak tacing2 . oklah . Kita jgn tacing2 , jgn sedih2 . Mulakan hari baru dgn senyuman k , ;)
Assalamualaikum .
Thanks for reading ^^