Think like a boss !

Bila dah masuk alam pekerjaan nih, macam-macam kene perbaiki. Kene perbaiki disiplin diri, perbaiki tata sila diri, urm and kerja-kerja tuh lebih cermat,cerkap,and paling penting lebih kemas !

First day datang kerja, one things I learned and I could be considered as 'nasihat' lah, she said to me. "THINK LIKE A BOSS"

Mula-mula hanya kaitkan banyak perkaran dengan kerja jelah. Tapi bila hda pikir-pikir balik, I think boleh apply untuk hidup kita jugak tau. How we describe a boss ?

Garang, perfectionist, cepat, every decision ada keputusan muktamad, and paling penting, every question ada jawapannya ! Mesti ada. >sambung sendiri<

Thats how we should be, garang dengan diri sendiri so boleh disiplin kan diri. As a muslim, garang dalam menunaikan solat. Garang dalam bab-bab agama yang kita memang tak boleh pandang remeh. Perfectionist. Kerja, penampilan (lagi-lagi perempuan). Walaupon menutup aurat tak semestinya tak payah menjaga kebersihan kan? Stokin basuh seminggu sekali, tudung basuh sebulan sekali. Lepas pakai simpan, lepas pakai simpan. Haish. Kalau tinggal kat negara yang beriklim sejuk takpelah jugak. Nih cuaca panas lembap! Peluh kowt. Jaga kebersihan, jaga penampilan diri. 

Dalam hidup mesti ada banyak keputusan nak buat, tak kisah lah urgent atau tak. Yang penting kita fikir mana yang baik mana yang kurang baik dan yang paling penting yang mana lagi muktamad. ye dak? Whatever pon keputusan yang kita ambil. It should be on sebab-sebab yang munasabah. Yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga. 

So, buatlah apa yang terbaik untuk diri anda okay. Kerana dirimu begitu berharga ! Muahx!





pitstop : Love your job, dont love your company. Because you dont know when the company stop loving you. I love my job !

Thanks for reading ^^

Don't be sad !

Surat untuk bergraduasi dah pun sampai and seriously I am not too excited. Biasa-biasa jelah feeling tuh. Sebab dah focus on my work kowt. Baju tudung kasut semua tak cari lagi. Hurm.

Anyway , Tahniah hda ucapkan kepada yang bakal bergraduasi TIDAK KIRA anda kos ape, kelas ke berapa, ijazah atau diploma, lulusan mana etc. 

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH hda ucapkan. 

Kepada yang dapat biasa-biasa, JANGAN SEDIH sebab TIDAK SEMESTINYA korang tak boleh move on atau tak boleh bekerja dengan result yang macam tuh. Result tuh sebab bertulis diatas kertas, yang paling penting macam mana korang nak aplikasi kan ilmu dalam kehidupan yang mendatang. Am I right ? 

Ada jek student hapal sebijik-bijik dalam buku tapi bila masuk alam pekerjaan tak boleh apply apa yang belajar. And worse tak dapat kerja sampai sekarang. Tapi pakai jubah konvo first classs. 

Kena seiring sejalan sejoli lah sebenarnya. Bukan ngadap buku jek, anti-sosial kunun. Bergaul dan bercampur dengan orang untuk mengenali pelbagai jenis ragam manusia and tengok korang handle dyorang camne. Lagi-lagi kos yang memerlukan korang bersosial bersama masyarakat. 

Percayalah, lepas konvo, orang dah tak ingat kau dapat kelas ke berapa, anugerah ape. Even dapat anugerah diraja pon, mungkin sebulan dua then okaylah. Tapi orang akan keep tanya, "Kerja mana sekarang?" Tiap-tiap tahun tanya, Raya lah especially. See ? Orang tak tanye dah kelas ke berapa ke sidang ke berapa ke lulusan mana ke. SO DO NOT WORRY! 

Risau bila korang tak kerja-kerja. Sebab tiap-tiap kali raya makcik-makcik pakcik-pakcik keep asking the same question. Sebab soalan kerja mana nih akan berlarutan mungkin sampai 3 4 tahun jugaklah sebab lepas tuh soalan dah tukar " Bila nak kahwin?" Haaaaa, tuh hda buat entry laen. haha

Sekarang apa yang korang perlu buat ? Bukan pergi prepare dress konvo ! Tapi bukak google carik kerja ! Berlambak link ! Rajin and tak rajin jek. 

Hda nak kongsi satu strategi. Keep updated. Contoh, hda selalu survey 3 link nih. maukerja.com (cc Nazira Khalil), jobstreet.com, and jawatan kosong kerajaan and swasta. Jobstreet and jawatan kosong tuh boleh subscribe. So akan dapat kerja-kerja baru terus masuk inbox email. Mudahkan ? Gunakan sebaik mungkin. Sebab zaman sekarang nak cari kerja bukan macam dulu, masuk keluar satu office ke office yang laen. Semuanya dihujung jari. Send your details and resume. Thats all. 

So setiap kali online, SETIAP kali online. hda tahu korang kan kaki online, ape lagi. Sentiasa bukak lah link-link tuh atau pon korang mintak tolong family member yang kaki online jugak bukak link yang sama bila dyorang online. Hda dapat tahu kerja yang sekarang hda dapat nih melalui my mum yang sama kaki online macam hda jugak. haha. It's an option and depends masing-masing camne. Mana tahu korang ada strategi yang lagi senang. 

Im just sharing! 







pitstop : i cant tell how i miss my blog. heeeee

Thanks for reading ^^

Alhamdulillah !

Syukur alhamdulillah sebab blog hda dah kembali beroperasi! Yeayyy. Punyalah semangat tak tunggu balek nak update sebab im just too happy. Thanx kepada orang yg memberitahu. Pukul 4 pagi kauuu. Haha. 
Rasa nak lompat bintang kat office! 
Pitstop : update guna phone. Maaf !

Thanks for reading ^^

Real Situation

 
Currently Situation :
 
Sebuah keluarga survey nak carik rumah baru untuk keluarga beliau. Tiba-tiba beliau tak jadi beli rumah baru tetapi beliau suka akan satu rumah ini kerana mempunyai daya tarikan yang sangat kuat mungkin dari segi kedudukan rumah yang strategik. Contohnya: dekat dengan bandar, hospital,sekolah dan mempunyai kelengkapan yang cukup untuk 7 generasi seperti minyak etc. 

Then whole family masuk rumah tuh termasuklah bapa. Tapi bapa (tentera) masuk ruang tamu dulu sebab nak pastikan ruuang tamu tuh selamat dan tiada orang. Kalau ada orang, dye akan bunuh dulu lah kan. Then family yang tengah duduk di rumah tuh dengan terkejut sebab ada orang masuk tiba-tiba takde ribut takde ape nak bunuh orang dalam rumah tuh. Then lari lah ke bilik.

Mula-mula keluarga yang 'menumpang' nih dah rasa selesa tapi rasa tak cukup dengan apa yang ada. Then conquer bilik, dari satu bilik ke satu bilik, Akhirnya ke dapur. At last satu rumah dye dah conquer. Tuan rumah pon terpaksa lari ke bilik stor yang kecik untuk memuatkan seluruh ahli rumah yang asal. 
 
Keluarga yang menumpang nih pon dah mula memanggil sanak saudara beliau untuk duduk sama-sama. Tapi still ade tuan rumah dalam tuh sebenarnya. 
 
Hurm. Kesiannya kat tuan rumah. Rumah sendiri tapi dihalau, dibunuh, dipenjara. Kalau paham alhamdulillah. Kalau tak paham cer pm hda kat fb deh. 
 
#freedom
 
 





Thanks for reading ^^

Ragam Kerja

 
Bila dah habeh intern nih, mula lah menjajor cari kerja kann. Then I've come up with one short story to tell the reality is.
 
Situasi 1 : Student Diploma 

A diploma student come to an interview. Masuk bilik interview and penemuduga dok selak-selak sijil yang ada. And ask a question. Tell me about yourself. Then kawan tuh pon panjang lebar bercerita pasal subject belajar lah apelah bla bla bla. 5 minit kemudian. Penemuduga kata, "Kami bukan taknak ambil saudara bekerja disini. Tapi kekosongan yang tinggal hanyalah kelayakan student degree"

Situasi 2 : Student Degree Biasa-Biasa

Sambung cerita diatas cuma tukar watak student. Kali nih yang datang pulak student degree tapi result biasa-biasa jek. "Hurmm, hurmmm, result saudara nih tak memenuhi kelayakan lah"

Situasi 3 : Degree yang Dapat Anugerah Diraja lah, Dekan lah, Fakulti lah etc.

"Maaflah, kami nak yang berpengalaman"

-..-'

Urghhhh ! Semua nih sangat mencabar. Korang janganlah tertipu dengan cerita-cerita kat tv ke novel ke ape ke. Cari kerja sangat lah susah ! TAPI ! TAPI ! Kita jangan berhenti usaha. Bila kita berusaha, kita dah selangkah ke depan untuk menuju pekerjaan yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Semua nih adalah coobaaaannn !




pitstop : jom buat resume yang gempak-gempak bergabung meletop kebabom !


Thanks for reading ^^

Pertama Kali

 
 
Pertama kali dalam 6 bulan, esok huda sangat bersemangat untuk pergi kerja aka LAST DAY AS INTERN ! Oh seriously tak pernah terbayang diri ini dapat menempuh 6 bulan yang mencabar, hidup takde arah, menanges macam orang gila, boleh handle stress yang melampau and macam-macam lagi. Yes, in 6 months. Sangat berbangga dapat tempuh semua diatas. hahah

Mungkin ea MUNGKIN ada orang akan cakap ek elehhh, intern jek ponn, cakap nak kencang. Hello. please stay in my shoes for a week ! Okay hda jangan marah, bawakkan bersabar. Bulan Romadhon nih.

Back to story. hda sangat teruja nak datang kerja esok and hda dah plan dengan internmate yang sama-sama mula and sama-sama habis untuk pakai baju first day kitorang datang praktikal. Okay ayat sangat berbelit. *penangan dah lama tak menulis blog

Baru perasan tadi yang kitorang masuk pada hari yang sama. Iaitu 27 januari 2014. Permulaan tarikh perubahan diri ini. Harap sangat semakin baik dan semakin ingin memberi dan berkongsi ilmu yang ada. *kesat air mata*

Semua dah ready untuk esok, dokumen-dokumen yang perlu boss sign, baju, tudung, diri ini. Yang paling penting semangat untuk menempuh hari terakhir.

Kepada kawan-kawan kuliah yang akan habis esok atau minggu depan atau hujung bulan mahupon yang dah habeh minggu lepas *yang nih kes masuk praktikal awal*, semoga ilmu yang ada sentiasa dikongsi dan dapat digunakan sebaik mungkin di alam pekerjaan nanti. 

Btw, congratulation to those yang dapat sambung terus jadi staff or dapat peluang kerja kat mana-mana. Alhamdulillah. ^_^







pitstop : prepare final report pulakkk ! -..-'

Thanks for reading ^^

Setelah sekian lama~


Setelah sekian lama menyepi dar menulis blog. Huhu. Sangat merindui orang-orang di sini. Alot if story to share tapi dek kerana kekangan masa. Apalah daya diri ini. 

But insyallah lepas nih. Huda akan post banyak2 macam dulu. 

So. Thats all for today. Hehe




Pitstop: rindu nak join giveaway and desire menang Giveaway masih tinggi. Haha. *gelakjahat*

Thanks for reading ^^